Oscar Pengarah Teknikal NFDP

Oscar yang memegang Diploma Kejurulatihan Profesional Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memiliki pengalaman lebih 20 tahun mengendalikan program pembangunan bola sepak belia elit di New South Wales. Foto: NFDP
Oscar yang memegang Diploma Kejurulatihan Profesional Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memiliki pengalaman lebih 20 tahun mengendalikan program pembangunan bola sepak belia elit di New South Wales. Foto: NFDP
A
A
A

JAWATANKUASA Pemandu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) secara rasmi mengumumkan pelantikan Oscar Francisco Gonzalez sebagai Pengarah Teknikal NFDP berkuat kuasa 21 April 2024 lalu.

Pemilihan Oscar yang juga diberikan tanggungjawab selaku Pengarah Teknikal Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Oscar yang memegang jawatan selaku Ketua Pendidikan Kejurulatihan Persatuan Bola Sepak Australia dipilih hasil cadangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah menemu duga empat calon yang disenarai pendek oleh badan induk itu pada 13 Disember 2023.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, mengetuai panel penemu duga berkenaan yang turut dianggotai Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram; Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Abdul Rahman; Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell dan Ketua Unit Sumber FAM, Zukhailah Marzuki.

Oscar yang memegang Diploma Kejurulatihan Profesional Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memiliki pengalaman lebih 20 tahun mengendalikan program pembangunan bola sepak belia elit di New South Wales.

Beliau juga telah berkhidmat di beberapa kelab terkemuka seperti Nantong Zhiyun FC di China, Football New South Wales, Westfield Sports dan A League Central Coast Mariners di Australia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: