PEMAIN tidak tampil di tahap yang terbaik selepas pulang untuk aksi kebangsaan masing-masing,” kata Pengurus Manchester United, Jose Mourinho.

Manchester United terpaksa akur apabila hanya membawa pulang satu mata selepas sekadar seri 2-2 menentang Stoke City.

Menurut Mourinho, pertandingan itu adalah sesuatu yang agak sukar untuk mereka.

“Pemain saya nampak berbeza setelah pulang daripada aksi untuk pasukan kebangsaan.

“Mereka tidak tampil di tahap yang terbaik. Bagaimanapun, kami masih mampu berjuang untuk tidak tewas dalam perlawanan ini,” katanya.

Tambah pengurus berasal dari Portugal itu, Stoke pasukan besar dan kuat kerana mereka bekerja keras untuk mendapatkan mata dalam perlawanan.

Dalam tiga perlawanan awal Liga Perdana Inggeris, Red Devils unggul dengan sembilan mata.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho berang dengan khabar angin mengatakan wujud hubungan dingin di antara beliau dengan Paul Pogba.
  • HENRIKH Mkhitaryan mendedahkan punca beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Manchester United.
  • KINI terjawab sudah masa mengenai masa depan Jose Mourinho di Manchester United apabila pengurus berasal dari Portugal itu dilanjutkan kontraknya sehingga musim 2020.
  • BINTANG Manchester United, Paul Pogba menyebut pasukannya sudah menemukan cara bermain terbaik selepas menumpaskan Stoke City.
  • PAUL Pogba menerima pujian Lagenda Arsenal, Thierry Henry selepas membantu kemenangan Manchester United.