KEGAGALAN  pemain PDRM menggunakan pengalaman individu punca pasukan itu tewas tipis 1-2 ketika bertandang ke Stadium Perak menentang PKNP dalam aksi Liga Perdana malam kelmarin, lapor ZURAIMEE ZAINAL.

Pengendali The Cops, Fauzi Pilus berkata, aksi separuh masa pertama pemain Cops khasnya jentera import gagal memberikan tekanan dan mengimbangi permainan skuad Abu Bakar Fadzim berkenaan.

“Import (Frederic) Pooda gagal cipta gerakan menarik pasukan terpaksa bergantung harap kepada (Muhammad) Safuwan menghidupkan perlawanan.

“Kami terpaksa lakukan pertukaran besar babak kedua dengan masukan Fauzi Majid dan Nazri Kamal bagi menyaingi jentera PKNP,” katanya semasa sidang media selepas perlawanan.

Mengenai pemburuan baki slot Piala Malaysia, Fauzi mengakui peluang PDRM tipis selepas tewas mengejut kepada PKNP.

"Kita memang mengharapkan kemenangan, tapi bila tewas peluang kita sedikit sukar.

"Saya harap pemain PDRM dapat pertingkatkan karakter masing-masing pada game terakhir menentang Sabah," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGENDALI PDRM, Fauzi Pilus mengakui kelekaan menjadi punca utama pasukannya tewas 3-4 di tangan UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam, kelmarin.
  • PENGENDALI PDRM, Fauzi Pilus mengharapkan kemenangan dalam pertemuan dengan Sabah di Kota Kinabalu malam esok.
  • PENGENDALI PDRM, Fauzi Pilus mengharapkan permulaan positif untuk aksi pertama Piala Malaysia menentang Perak di Ipoh, Rabu ini.
  • PENGENDALI Polis Diraja Malaysia (PDRM), Fauzi Pilus kecewa persembahan pemainnya pada separuh masa pertama yang menyaksikan gawang The Cops dibolosi empat kali oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi suku akhir kedua Superbest Power Piala FA di Stadium Larkin, kelmarin,
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.