PEMAIN tengah skuad Sukan Malaysia Perak, D. Kenny Pallraj, adalah antara 20 pemain yang dipilih menggalas cabaran negara pada Kejohanan Bolasepak VFF Newspaper Cup di Gia Lai, Vietnam, bermula Khamis ini hingga 21 Oktober depan.

Ketua jurulatih pasukan bawah 21 (B-21) negara, Ong Kim Swee memanggil sebahagian besar pemain Harimau Muda A untuk memperkuatkan skuad negara.
  
Antara mereka yang terpilih ialah penjaga gol, Mohd Izham Tarmizi Roslan, pemain pertahanan, Shahrul Mohd Saad, pemain tengah Mohd Irfan Fazail dan penyerang Ahmad Hazwan Bakri, kata Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu  kenyataan di sini, hari ini.
   
Skuad B-21 diundi dalam Kumpulan B bersama Iraq dan Indonesia manakala pasukan tuan rumah diundi dalam Kumpulan A bersama Syria dan Singapura.
   
Pencapaian terbaik skuad B-21 negara pada kejohanan bola sepak tahunan itu ialah ke separuh akhir pada 2010 sebelum tewas 0-1 kepada tuan rumah.
       

    Senarai pemain:
   
    Mohd Farhan Abu Bakar, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohamad Firdaus Muhamad,
Shahrul Mohd Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Mohamad Raphi Azizan Mariappen,
Muhammad Syazwan Tajudin, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Muhammad Ariff
Farhan Md Isa, D. Saarvindran, Mohd Irfan Fazail, Mohamad Fandi Othman, Mohamad
Nashriq Yahya, Adam Nor Azlin, Syazuan Hazani, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan,
D. Kenny Pallraj, A. Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim, Ahmad Hazwan Bakri. - Bernama