SIAPA yang dapat menafikan aura Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atau KJ yang terkenal dengan gelaran 'tall, dark and handsome'.

Jika di Malaysia fenomena KJ sudah lama melanda, demam itu nampaknya mula menular ke negara jiran, Indonesia khususnya dalam kalangan gadis-gadis.

Semuanya gara-gara kes bendera terbalik di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang sedang berlangsung kini.

Meskipun agak pahit untuk rakyat Indonesia menerima insiden itu, sekurang-kurangnya hati mereka terubat apabila melihat kekacakan yang dimiliki KJ ketika pertemuan dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi.

Status-status 'nakal' netizen yang memuji KJ mula membanjiri laman sosial di negara jiran itu sehingga menenggelamkan isu bendera terbalik.

Malah, ada netizen negara itu yang secara bergurau mengatakan hikmah di sebalik insiden itu ialah membolehkan mereka mengenali KJ.

Salah seorang pengguna media sosial di Indonesia turut berharap agar menteri mereka juga setampan KJ.

Manakala, pengguna media sosial lain menyifatkan penampilan KJ yang muda dan gagah bersesuaian dengan tugasnya sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Selain menjadi menteri yang bertanggungjawab untuk acara dwi tahunan itu, KJ juga mewakili Malaysia dalam acara ekuestrian polo.

Pasukan KJ juga telah berhasil menewaskan pasukan Brunei yang turut disertai Putera Abdul Mateen Bolkiah dalam perlawanan semalam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SENARAI nama atlet dan pasukan yang akan diserapkan atau digugurkan daripada Program Podium akan diumumkan Jumaat ini, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
  • KEMENTERIAN Belia dan Sukan bersedia mengkaji semula rancangan membida penganjuran temasya Sukan Komanwel 2022 selepas kejayaan negara menganjurkan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, Ogos lepas.
  • MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melihat masa depan bola sepak Malaysia semakin cerah berikutan perkembangan positif pasukan muda negara di pentas antarabangsa.
  • UPACARA perasmian Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 esok, bakal menampilkan persembahan hebat sama seperti majlis pelancaran Sukan SEA KL2017.
  • MALAYSIA berjaya menewaskan Thailand 9-8, sekali gus mengulangi pencapaian pingat emas 10 tahun lepas pada perlawanan final polo ekuestrian Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Taman Ekuestrian di sini hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.