Selangor FC lantik Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih

SELANGOR FC mengesahkan pelantikan bekas jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon, sebagai ketua jurulatih baharu pasukan Gergasi Merah, berkuat kuasa mulai Isnin.
Menerusi kenyataan rasmi kelab, Selangor FC turut memaklumkan bekas jurulatih interim, Christophe Gamel, dilantik sebagai Pengarah Teknikal kelab yang baharu.
"Kelab yakin Kim Pan-gon mampu meningkatkan prestasi pasukan utama Selangor FC serta memastikan skuad Gergasi Merah terus bersaing di peringkat tertinggi.
"Christophe Gamel pula akan memberi tumpuan kepada pembangunan sistem kejurulatihan dan pemain muda, khususnya bagi pasukan bawah 23 tahun serta program pembangunan akar umbi kelab," jelas kenyataan itu.
Kim Pan-gon mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak tempatan selepas pernah mengendalikan skuad kebangsaan dari tahun 2022 hingga 2023.
Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai ketua jurulatih Ulsan Hyundai, salah sebuah kelab ternama di Korea Selatan. - Awani
Ringkasan AI
- Selangor FC mengesahkan pelantikan Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih baharu
- Christophe Gamel dilantik sebagai Pengarah Teknikal baru kelab
- Kelab yakin Kim Pan-gon dapat meningkatkan prestasi pasukan
- Christophe Gamel akan fokus pada pembangunan pemain muda dan sistem kejurulatihan
- Kim Pan-gon mempunyai pengalaman luas termasuk mengendalikan skuad kebangsaan dan sebagai ketua jurulatih Ulsan Hyundai
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
