Terbuka Malaysia: Beregu campuran negara sahkan slot suku akhir

Tang Jie–Ee Wei mara ke pusingan kedua selepas menumbangkan pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu.
Tang Jie–Ee Wei mara ke pusingan kedua selepas menumbangkan pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu.
A
A
A

KEM badminton negara mengesahkan satu slot ke peringkat suku akhir acara beregu campuran pada kejohanan Terbuka Malaysia.

Ini susulan kejayaan dua wakil negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang masing-masing melepasi halangan pusingan pertama, sekali gus dijadualkan membuat perhitungan sesama sendiri pada pusingan kedua Khamis ini.

Dalam aksi di Axiata Arena petang tadi, gandingan utama negara, Tang Jie-Ee Wei mempamerkan aksi kelas tersendiri apabila tidak berdepan masalah menundukkan pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu.

Sokongan padu ribuan peminat di laman sendiri nyata membakar semangat pasangan nombor empat dunia itu untuk melakar kemenangan 'straight set' 21-12, 21-17.

Terdahulu, dalam aksi sebelah pagi, gandingan Pang Ron-Su Yin yang kini menghuni ranking ke-21 dunia melakar kejutan sensasi apabila menumbangkan pasangan nombor 12 dunia dari Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje.

Perlawanan sengit yang berlarutan selama 72 minit itu menyaksikan wakil negara mempamerkan semangat juang tinggi untuk bangkit mencatat kemenangan 'rubber set' 20-22, 21-18, 21-17.

Pertembungan sesama sendiri wakil negara di pusingan kedua nanti menjamin sekurang-kurangnya satu wakil Malaysia akan beraksi di pentas suku akhir Jumaat ini.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kem badminton negara mengesahkan satu slot ke peringkat suku akhir acara beregu campuran pada kejohanan Terbuka Malaysia
  • Dua wakil negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, melepasi pusingan pertama
  • Gandingan Tang Jie-Ee Wei menunjukkan prestasi cemerlang dengan mengalahkan pasangan Indonesia
  • Pang Ron-Su Yin mencetak kejutan dengan mengalahkan pasangan nombor 12 dunia dari Denmark
  • Wakil negara dijamin sekurang-kurangnya satu slot di suku akhir selepas pertembungan sesama sendiri di pusingan kedua

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!