Cabaran getir menanti beregu lelaki negara di Terbuka Malaysia

Pemain beregu lelaki Malaysia, Soh Wooi Yik (dua dari kanan) dan Aaron Chia (kanan) beraksi pada sesi latihan rasmi dan ujian gelanggang seawal jam 7 pagi sebelum Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 yang akan membuka tirainya esok hingga 11 Jan ketika tinjauan di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. - Foto: Bernama
Pemain beregu lelaki Malaysia, Soh Wooi Yik (dua dari kanan) dan Aaron Chia (kanan) beraksi pada sesi latihan rasmi dan ujian gelanggang seawal jam 7 pagi sebelum Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 yang akan membuka tirainya esok hingga 11 Jan ketika tinjauan di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

TUGAS berat menanti beregu lelaki negara pada kejohanan Terbuka Malaysia 2026 yang akan membuka tirai di Axiata Arena, Bukit Jalil, esok.

Pemenang pingat emas Sukan Asia 2006 acara beregu lelaki, Koo Kien Keat berkata, gandingan negara berpeluang mara ke perlawanan akhir namun perlu menembusi halangan daripada pasangan utama dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.

"Sejujurnya, jika tanya saya, pasangan Korea Selatan sangat konsisten dan saya jangkakan mereka akan mara ke final dan mungkin juga menjadi juara.

"Peluang untuk pemain negara melangkah ke final itu ada, cuma untuk muncul juara, saya sendiri tidak pasti," katanya semasa sesi ujian gelanggang Terbuka Malaysia 2026, hari ini.

Seung Jae-Won Ho melakar pencapaian cemerlang musim lalu apabila muncul Juara Dunia dan Juara Jelajah Dunia Akhir 2025.

Kali terakhir pasangan negara muncul juara pada kejohanan ini adalah pada edisi 2014 menerusi Goh V Shem-Lim Khim Wah.

Sementara itu, Kien Keat yang pernah bergandingan dengan Tan Boon Heong, akan membantu pasangan profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, pada saingan Terbuka Malaysia kali ini.

Beliau berkata, peranannya bukan sebagai jurulatih rasmi, tetapi hanya membantu pasangan ketujuh dunia itu mengembalikan keyakinan selepas prestasi hambar pada 2025, dengan hanya memenangi satu gelaran iaitu Terbuka India.

Terbuka Malaysia 2026 akan berlangsung dari 6 hingga 11 Januari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Tugas berat menanti beregu lelaki negara pada Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil
  • Pasangan negara berpeluang mara ke perlawanan akhir tetapi perlu mengalahkan pasangan utama dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae
  • Pasangan Korea Selatan, Seung Jae-Won Ho, mencatat prestasi cemerlang dengan menjadi Juara Dunia dan Jelajah Dunia Akhir 2025
  • Pasangan negara terakhir kali muncul juara pada edisi 2014 adalah Goh V Shem-Lim Khim Wah
  • Koo Kien Keat akan membantu pasangan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, tidak sebagai jurulatih rasmi tetapi untuk meningkatkan keyakinan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!