KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) menyalurkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada kapten Pasukan Hoki Terengganu, Mohd Fitri Saari bagi membiayai kos rawatan salah sorang anak kembarnya, Muhammad Adam Zafran, 6 bulan yang mengalami masalah paru-paru sejak dilahirkan.

Sumbangan itu diserahkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman kepada Mohd Fitri sambil disaksikan Timbalan Presidennya, George Koshy selepas tamat perlawanan saingan Piala Sumbangsih, kelmarin.

Sementara itu, Mohd Fitri mengakui amat bersyukur dengan sumbangan itu yang disifatkan  mampu meringankan  beban keluarganya.

Menurutnya, anak sulungnya itu kini sudahpun dibenarkan pulang selepas empat bulan mendapat rawatan lanjut di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) di Hospital Serdang petang semalam.

“Saya amat berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan KHM ini sekaligus  menampung kos rawatan lebih RM20,000 yang telah dikeluarkannya sebelum ini.

“Walaupun Muhammad Adam Zafran sudah dibenarkan pulang namun dia masih perlu bergantung dengan alat bantuan pernafasan dan bantuan ini juga akan digunakan untuk rawatan susulan nanti,” katanya.

Sebelum ini, tonggak tengah skuad hoki kebangsaan itu terpaksa menamatkan kempen Hoki Piala Asia di Dhaka, India lebih awal kerana terpaksa pulang ke tanah air selepas anak sulungnya, Muhammad Adam berada dalam keadaan kritikal selepas dilahirkan di Hospital Serdang  Oktober tahun lalu.

Mengulas lanjut, Mohd Fitri berkata, walaupun Muhammad Adam Zafran sudah dibenarkan pulan, namun doktor memaklumkan anak sulungnya itu perlu bergantung kepada alat bantuan pernafasan sama ada dalam tempoh enam bulan, setahun atau dua tahun.

Difahamkan Muhammad Adam Zafran merupakan  bayi  kembar  pramatang selepas lahir tidak cukup bulan bagaimanapun adiknya, Muhammad Yusuf Zafran berada dalam keadaan baik.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :