MUSIM pertama Jose Mourinho bersama Manchester United tidak berjalan dengan lancar.

Namun, ramai beranggapan bahawa pengendali dari Portugal itu akan lebih berjaya di musim keduanya di Old Trafford.

Ini terbukti apabila menyingkap kembali rekodnya bersama kelab-kelab terdahulu.

Mourinho berjaya membawa Porto menjuarai Liga Primeira Portugal di musim keduanya pada 2002/2003 dan berjaya mempertahankan gelaran berkenaan pada musim berikutnya 2003/2004.

Bersama Chelsea, Mourinho meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) di musim pertama dan kedua (2004/2005 dan 2005/2006).

Di Inter Milan, Mourinho juga cemerlang membawa kelab Itali itu menjuarai dua Scudetto berturut-turut pada musim 2008/2009 dan 2009/2010.

"Secara jujur, saya lebih menyukai musim kedua kerana saya tahu saya tidak akan melakukan kesilapan.

"Saya tak perlu bercakap banyak, anda sendiri boleh periksa rekod saya," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENGENDALI Manchester United, Jose Mourinho mengesahkan bahawa Sergio Romero akan kekal sebagai penjaga gol The Red Devils bagi aksi final Liga Europa berdepan Ajax Amsterdam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.