KELAB Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net) secara terbuka menyokong Datuk Muhammad Nasir Hamzah untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi penggal 2017/21.

Presidennya, Mahizi Mahmood berkata, Naib Presiden Kafa itu memiliki kriteria tersendiri mengepalai badan induk itu selepas penyandang, Tan Sri Annuar Musa, meletak jawatan presiden, November tahun lalu.

“Semua penyokong bola sepak dan seluruh rakyat Kelantan menantikan perubahan berlaku terhadap barisan kepimpinan Kafa dan Kelate.Net melihat calon yang lebih layak adalah Datuk Muhammad Nasir untuk mengetuai persatuan itu.

“Selain berpengalaman dalam Kafa dan merupakan penaja bersama (Sinar Harian) sejak tujuh tahun lalu, karakter beliau yang senang mendampingi penyokong juga menjadi faktor penting dalam mengembalikan semula sokongan peminat kepada pasukan Kelantan,” katanya semalam.

Selain Muhammad Nasir turut menyatakan hasrat bertanding pada kongres pemilihan persatuan itu, 17 September ini, adalah Pengurus Desa Murni Batik Kota Bharu, Bibi Ramjani Ilias Khan dan Pengerusi Kumpulan Secretleaf International Sdn Bhd, Amir Ramadzan Ibrahim.

Menurutnya, keputusan Muhammad Nasir bertanding sangat tepat malah dianggap pertaruhan berani beliau ketika tidak ada mana-mana individu lain dalam kepimpinan tertinggi Kafa itu sendiri tampil menawarkan diri merebut kerusi nombor satu itu.

Katanya, kesediaan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf itu untuk mengambil alih tampuk kepimpinan Kafa juga membuktikan beliau menyahut cabaran semata-mata mahu berkhidmat kepada pembangunan bola sepak negeri ini.

“Memang sesiapa pun yang dilantik presiden akan berdepan tugas berat mengembalikan semula zaman kegemilangan bola sepak Kelantan tetapi kita kena beri peluang kepada beliau dan barisan kepimpinan baru itu nanti,” katanya.

Pada masa sama, pihaknya turut berterima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa kerana melakukan transformasi terhadap bola sepak Kelantan dan membuka peluang kepada individu lain untuk memimpin Kafa, pada penggal akan datang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KELANTAN yang digembar-gemburkan bakal melakukan rombakan besar sebaliknya memilih untuk mengekalkan 60 peratus muka lama bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang semakin kompetitif pada musim depan.
  • ALESSANDRO Celin menghadiahkan kejayaan Kelantan kekal dalam saingan Liga Super musim 2018 kepada penyokong pasukan itu selepas dua jaringan lewatnya memastikan kemenangan 3-1 ke atas Melaka United, pada pertemuan terakhir liga, malam kelmarin.
  • VELIZAR Popov menunjukkan minat yang tinggi untuk kembali bimbing The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim hadapan.
  • PEMAIN pertahanan The Red Warriors (TRW), Mohd Qayyum Marjoni Sabil mengakui dia kini menjadi buruan beberapa pasukan Liga Super yang mahu mendapatkan khidmatnya untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.
  • TIADA kata dapat diluahkan Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail selepas pasukan kendaliannya tewas 3-0 kepada juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta'zim (JDT) di gelanggang lawan, malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.