KEDAH berjaya meraih satu mata selepas bangkit mengikat Selangor 1-1 pada perlawanan ke-16 Liga Super 2017 di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Selangor terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-15 hasil jaringan S Venenod untuk membuatkan lebih 18,000 penyokong Kedah diam seketika.

Tuan rumah berusaha untuk menyamakan kedudukan dan hampir melakukan pada minit ke-25 namun percubaan Sandro Da Silva tepat ke dakapan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

Usaha berterusan Hijau Kuning membuahkan hasil apabila Ken Ilso Larsen berjaya menjaringkan gol dari jarak 25 meter untuk mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-29.

Keputusan itu berjaya mengekalkan Lang Merah kekal di tangga kedua dengan kelebihan 28 mata manakala Pahang di tangga ketiga (27 mata) yang mengatasi PKNS 3-1.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEDAH kini dilihat bakal melahirkan seorang lagi pertahanan kiri yang berkualiti tinggi apabila pemain muda, Nur Fiqrie Abd Talib yang diserap masuk ke pasukan Liga Super Kedah musim ini mula mencuri perhatian jurulatih dan penyokong pasukan tersebut.
  • KEJAYAAN mendapatkan pengendali dari Sepanyol, Ramon Marcote diharapkan mampu menyuntik semangat Hijau Kuning untuk lebih berdaya saing menghadapi Liga Malaysia 2018.
  • PASUKAN naib juara Liga Super 2017, Pahang secara rasminya tidak akan mewakili Malaysia untuk pertandingan Piala AFC 2018.
  • HEBAT benarkah aura Ramon Marcote ini apabila namanya menjadi siulan sehingga seluruh pelusuk negeri Kedah termasuklah kedai kopi bawah pokok ketapang di Kodiang, Kedah.
  • KETUA pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari sedia memberi kerjasama penuh kepada polis mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menerima sogokan sebelum final Piala Malaysia 2017, awal bulan ini.