"SEBUAH stadium bakal dibina di Taman Mount Austin di sini untuk keperluan Sukan Malaysia (Sukma) yang bakal dihos Johor pada 2020," kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan.

Beliau berkata perkara itu sedang dalam peringkat akhir perbincangan bersama Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Sdn Bhd.

"Stadium itu dirancang untuk mempunyai 5,000 tempat duduk kekal dan 20,000n tempat duduk mudah alih yang bakal menjadi venue perasmian Sukma 2020," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel pembangunan infrastruktur sukan bagi menghadapi Sukma 2020, di sini hari ini. - Bernama