JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan aksi cemerlang di laman sendiri dengan menewaskan Terengganu FC 2-0 dalam aksi Liga Super 2018 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, di sini, sebentar tadi.

Pasukan tuan rumah tidak menunggu lama untuk mendahului apabila berjaya menghasilkan jaringan pertama menerusi sepakan sudut yang ditanduk Marcos Antonio pada minit ke-8.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, JDT mencipta jaringan kedua pada minit ke-34 apabila Gonzalo Cabrera merembat masuk bola ke gawang lawan sejurus menerima hantaran Syamer Kutty Abba.

Meskipun memiliki kelebihan apabila pertahanan JDT, Aidil Zafuan dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain Terengganu FC, namun pasukan pelawat gagal mengunakan peluang berkenaan untuk menghasilkan sebarang jaringan sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan ke atas Terengganu FC menyaksikan JDT kekal di persada Liga Super 2018 dengan 41 mata selepas menempuh 16 perlawanan.