MANCHESTER United kekal dengan pendirian untuk tidak menjual penjaga golnya, David De Gea kepada Real Madrid walaupun kelab itu dijangka membuat tawaran baru.

Dilaporkan, De Gea masih menjadi sasaran utama Madrid setelah melihat tawaran £60 juta (RM107 juta) ditolak United sebelum ini.

Pihak dalaman Old Trafford percaya tawaran akan berlaku apabila kedua-dua kelab bersedia bertemu semasa jelajah Amerika Syarikat (AS) mereka di Santa Clara pada 23 Julai ini.

Mereka menjangkakan Madrid akan kembali semula untuk berunding dengan tawaran lebih baik bagi mendapatkan De Gea.

De Gea yang juga penjaga gol skuad kebangsaan Sepanyol mempunyai baki dua tahun dalam kontraknya, namun terbuka untuk menyertai juara Eropah lain.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PEMAIN Real Madrid, Toni Kroos menilai prestasi pasukannya tidak berada pada tahap terbaik walaupun menang 3-0 ke atas Apoel dalam aksi kumpulan H kempen Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi semalam.
  • REAL Madrid dilaporkan kembali mengejar penjaga gol Manchester United, David de Gea.
  • PERTAHANAN Real Madrid, Sergio Ramos mendedahkan rahsia produktivitinya dalam menyumbang gol terutama di saat-saat penting.
  • SELEPAS berjaya merampas Romelu Lukaku daripada Chelsea, kini Jose Mourinho mahu merampas pemain Real Madrid, James Rodriguez yang turut diintai The Blues.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.