SASARAN Pulau Pinang untuk terus kekal di Liga Super musim hadapan menjadi keutamaan selepas melihat harapan untuk mara automatik ke Piala Malaysia 2017 terlalu tipis.

Ketua Jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan berkata, beliau tetap memuji kesungguhan pemainnya di dalam menghadapi Kelantan yang dibarisi import berkualiti seperti Mohammed Ghaddar.

Menurutnya, keputusan tewas 5-1 kepada pasukan pantai timur itu Sabtu lalu perlu diterima malah beliau mahu membuat persiapan rapi sebelum bertemu JDT pada perlawanan akhir pusingan pertama liga pada 26 April ini di Stadium Batu Kawan.

"Saya berharap pemain-pemain utama di barisan pertahanan seperti Mafry Balang akan kembali lebih cepat termasuk Reinoldo Lobo untuk kami menyiapkan pasukan sebelum menghadapi Pendahulu Liga Super, JDT nanti.

Dengan tempoh yang ada lebih lama ini, saya berharap mampu menyediakan satu skuad utama lebih baik," katanya.

Menurutnya, pada perlawanan Sabtu lalu, Pulau Pinang berjaya mengawal permainan dan melakukan serangan namun kegagalan jentera serangan menterjemahkannya dalam bentuk jaringan membuatkan mereka terpaksa berputih mata.

"Pulau Pinang berusaha untuk bangkit namun Ghaddar cukup cemerlang dan menyinar di dalam membaca kelemahan benteng kami. Kekalahan ini juga berpunca dari kelalaian pemain kita sendiri.

“Ketiadaan Mafry yang digantung perlawanan termasuk Lobo yang masih belum cergas sepenuhnya nyata memberi kelebihan kepada Kelantan," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENYOKONG Kedah masih menunggu sentuhan yang boleh dibanggakan terhadap prestasi semasa penyerang import, Pablo Pallares selepas tiga perlawanan Liga Super 2018.
  • KELANTAN akan melakukan 'post mortem' susulan kekalahan kepada Pahang pada pertemuan derby pantai timur itu dalam saingan Liga Super di Kuantan, malam kelmarin.
  • PENDATANG baharu saingan Liga Super, Kuala Lumpur mengejutkan juara empat kali berturut-turut liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, hari ini.
  • PASUKAN Terengganu FC berjaya meraih kemenangan sulong selepas menewaskan pendahulu liga, Selangor, 4-1 pada aksi ketiga saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
  • KETUA Jurulatih Melaka United enggan menuding jari terhadap kesilapan dilakukan penjaga golnya, Zamir Selamat yang telah melepaskan satu gol mudah ketika skuad kendaliannya dibelasah Selangor 1-4 di Stadium KLFA Cheras semalam.