SATU rundingan rumit dilalui Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) sebelum berjaya menyakinkan bekas pertahanan import Selangor, Ugochukwu Ugo Ukah untuk menyarung jersi pasukan tersebut bagi musim 2018.

Naib Presiden FAP, Mohd Azizuddin Mohd Shariff berkata, Ketua Jurulatih Harimau Kumbang, Zainal Abidin Hassan banyak memainkan peranan untuk membawa pemain Nigeria tersebut ke Pulau Pinang.

Menurutnya, Ugo Ukah menandatangani kontrak bersama FAP selama satu tahun + satu tahun dan pengurusan berharap pertahanan import kental itu mampu membantu Harimau Kumbang kembali bersaing di Liga Super 2019.

"Ugo Ukah adalah perancangan panjang Pulau Pinang di mana jika beliau berjaya mempamerkan prestasi menyakinkan bagi musim 2018, khidmat beliau akan disambung pada 2019.

Kami berharap beliau mampu meneruskan momentum sebagai pemain import pertahanan berkualiti seperti yang ditunjukkan olehnya semasa bersama Selangor sebelum ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TOKOH korporat, Datuk Tahir Jalalluddin Hussain dilantik sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) bagi penggal 2017-2019 selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Tahunan FAP di Dewan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, sebentar tadi.
  • SENTUHAN bakal Presiden baharu Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) berjaya merealisasikan hasrat penyokong Harimau Kumbang untuk melihat bekas penyerang profilik Kedah, Ken Ilso Larsen beraksi bersama pasukan mereka pada musim ini.
  • PERSATUAN Bolasepak Pulau Pinang ( FAP) mengalukan individu berkelayakan untuk bertanding pada pemilihan kepimpinan baharu bagi penggal 2017-2019.
  • PERSATUAN Bolasepak Pulau Pinang (FAP) melantik panel berpengalaman yang akan menilai import secara keseluruhan sebelum meluluskan pengambilan pemain tersebut bagi musim 2018.