PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menghormati keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang menetapkan 8 Jun sebagai tarikh baharu untuk perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia menentang Korea Utara.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, selain pindaan tarikh, perpindahan ke vanue lain juga satu keputusan tepat yang telah dibuat AFC.

"Saya sebenarnya dah berbincang dengan Setiausaha AFC, Datuk Windsor Paul John mengenai perkara ini dan tarikh tersebut ialah tarikh yang paling sesuai dan dekat dalam kalendar Fifa.

"Jadi, apa jua keputusan kita kena terima dengan hati terbuka," katanya.

Mengulas lanjut, kata Hamidin, pindaan tarikh itu sebenarnya turut memberi peluang kepada skuad negara melakukan persediaan lebih rapi bagi menghadapi Korea Utara.

"Kita sebenarnya mempunyai masa yang lebih panjang untuk berlatih dan dapat mewujudkan lebih keserasian dalam pasukan," katanya.

Sementara itu, mengenai kemungkinan Liga Malaysia ditunda bagi memberi laluan kepada persediaan skuad kebangsaan pada 8 Jun  nanti, Hamidin menjelaskan akan membawa perkara itu kepada Exco baharu FAM nanti.

"Mungkin kita akan membuat latihan lebih awal sebelum 8 Jun itu tetapi segalanya akan diputuskan kemudian," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan laporan dalam media sebelum ini yang menyatakan kesemua pemain Kuantan FA tidak dibayar gaji sejak setahun lalu.
  • SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan untuk menyumbang sejumlah RM4 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
  • PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) yakin bahawa pengendali skuad Bawah-22 (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee tidak mempunyai masalah dalam mengumpulkan pemain untuk kem latihan persediaan ke Sukan SEA, bermula Ahad ini.
  • PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap mana-mana pasukan yang enggan melepaskan pemain mereka bagi menyertai latihan pusat skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan.
  • ISU tuntutan baki gaji melibatkan bekas ketua jurulatih skuad Bawah 22 (B-22), Frank Bernhardt dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selesai menerusi satu pertemuan tertutup di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.