SELANGOR diminta mencari gelanggang lain selain Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai laman rasmi pasukan itu untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2018.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, beliau menyokong kenyataan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang beranggapan Stadium Nasional selayaknya dijadikan stadium berkecuali yang hanya dikhaskan untuk pasukan kebangsaan.

Justeru, beliau meminta Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk mencari stadium alternatif lain memandangkan saingan liga semakin hampir.

“Saya amat berharap FAS bertindak segera untuk mencari stadium alternatif lain yang berdekatan contohnya Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur atau Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi untuk dijadikan gelanggang sendiri mereka memandangkan sepak mula saingan Liga Super 2018 sudah semakin hampir iaitu pada 3 Februari ini.

“Seperti disarankan Tunku Ismail, baginda sedang cuba untuk menaikkan nilai dan meningkatkan pendapatan melalui hak penyiaran kepada semua pasukan. Jadi adalah penting untuk setiap pasukan termasuk Selangor perlu memiliki gelanggang sendiri yang sesuai,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SELAIN memegang jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada hari ini turut dilantik sebagai pengurus pasukan setelah mendapat perkenan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
  • PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa mengubah kesemua program skuad Harimau Malaya termasuk kem latihan pusat yang akan diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya berbanding di Johor Bahru.
  • AKSI Kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2019 di antara Malaysia dan Korea Utara di Pyongyang ditangguhkan selepas Kementerian Luar melarang rakyat Malaysia ke Korea Utara.
  • PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan laporan dalam media sebelum ini yang menyatakan kesemua pemain Kuantan FA tidak dibayar gaji sejak setahun lalu.