PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) sudah mempunyai keputusan siapa individu yang bakal menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff untuk meneruskan kepimpinan dalam badan induk itu.

Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, beliau dan Pemangku Presiden BAM, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid telah bersetuju dengan satu keputusan mengenai jawatan tertinggi itu, namun mereka mahu memaklumkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin terlebih dahulu.

Mohamad Norza ketika dihubungi berkata, perbincangan hampir sejam bersama Mohamed Al-Amin dalam perjumpaan tertutup hari ini telah mencapai satu keputusan yang positif demi kepentingan badminton negara.

"Pertemuan hari ini adalah perbincangan mengenai jawatan Presiden BAM seperti yang diketahui umum. Perbincangan berjalan lancar, kami bersetuju dengan keputusan yang telah diputuskan tetapi akan memaklumkan secara rasmi selepas bertemu Menteri (Khairy Jamaluddin).

"Selepas itu kita akan maklumkan kepada media, sama ada melalui saya sendiri ataupun Tan Sri (Mohamed Al-Amin)," katanya kepada Bernama.

Mohamad Norza berkata, selepas beliau dan Mohamed Al-Amin membuat perjumpaan secara berasingan dengan Khairy, kedua-dua pihak bersetuju untuk bersemuka bagi menyelesaikan isu jawatan presiden itu.

Perebutan jawatan presiden itu menjadi hangat selepas wujudnya gentlemen's agreement yang lebih memihak kepada Mohamad Norza berbanding Mohamed Al-Amin.

Bagaimanapun, Mohamed Al Amin turut berminat dengan jawatan itu dan menafikan terbabit dalam perjanjian itu, sekali gus mencetuskan konflik dalam badan induk berkenaan.

Secara tradisinya, tiada pertandingan membabitkan jawatan Presiden BAM sejak 32 tahun lalu. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan pemenang pingat perak beregu lelaki Sukan Olimpik 2016, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan pemenang pingat perak Sukan Sea 2017, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, akan digandingkan semula pada beberapa kejohanan akan datang, dijadual awal tahun depan.
  • PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menyambut baik pengumuman senarai baharu atlet Program Podium 2018 meskipun penambahan tujuh nama pemain yang dicadangkan badan induk badminton itu tidak terpilih.
  • PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mahu satu modul pembelajaran bersesuaian bagi 60 pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) yang akan dipindahkan ke Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
  • PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) melantik bekas pemain beregu kebangsaan, Vountus Indra Mawan Saniru sebagai jurulatih beregu lelaki negara bagi menggantikan Jeremy Gan yang meletakkan jawatan pada 30 September lalu.
  • PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) membuka peluang kepada bekas pemain yang memiliki kepakaran untuk mengisi jawatan jurulatih beregu lelaki negara yang dikosongkan Jeremy Gan, minggu lalu.