BADI yang membelenggu Manchester United di laman sendiri musim lalu dilihat sudah berakhir selepas pasukan yang terkenal dengan panggilan The Red Devils itu kembali ke landasan kemenangan.

Bekas pembantu pengurus Untied, Mike Phelan berata, kemenangan demi kemenangan yang dicapai itu hasil magis pengendalinya Jose Mourinho.

“Saya fikir badi itu sudah lenyap dan United sudah mula mendapatkan semula status pasukan yang paling digeruni di EPL.

“Atmosfera di Old Trafford juga kembali gah dan ia selama ini hilang selepas Alex Ferguson berundur,” katanya.

Dalam empat perlawanan di tempat sendiri, United menang kesemua perlawanan dengan yang terakhir membelasah Crystal Palace 4-0.

Tidak hanya menang, The Red Devils juga mencatat semua clean sheets dan mencetak 14 gol.

Musim lalu, United sukar untuk mencatatkan kemennangan dengan hanya lapan kali menang, 10 seri dan sekali kalah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.