KOTA BHARU - Seorang warga emas maut dihempap pagar dalam kejadian di jalan Bayam Kampung Dato,  Lundang di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang mangsa,  Zawahir Ismail, 65, dikatakan sedang membaiki pagar rumah.

Ketika itu isteri mangsa juga turut berada bersama melihat mangsa membaiki pagar.

Secara tiba-tiba pagar terbabit menghempap mangsa dan dia meninggal dunia ditempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.