KUALA LUMPUR - "Saya tidak tahu bagaimana keadaan anak saudara ketika ini kerana namanya tidak disenarai sebagai antara yang terkorban,"luah ibu saudara pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terlibat dalam kebakaran, Shelafaza Abdul Razak.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan mangsa, Muhammad Taufiq Hidayat Norazizan,16, ketika sambutan hari raya yang lepas.

"Kami saling bertanya khabar dan katanya dia telah berjaya hafaz  juzuk ke empat, sekarang dia dalam proses menghafaz juzuk ke lima,"katanya hiba ketika ditemui di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur.

Shelafaza berkata, dia menerima panggilan memaklumkan tentang kebakaran tersebut daripada adiknya pada jam 10 pagi ketika berada di tempat kerja lalu bergegas ke IPFN.

"Saya cukup hiba, dan beremosi saat dimaklumkan tentang kejadian tersebut, dia seorang anak yang baik,"katanya.

Dalam kejadian kebakaran sekitar jam 5.10 pagi tadi, sekurangnya-kurangnya 22 pelajar maut dan dua tenaga pengajar terkorban di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung dilaporkan maut.

[ARTIKEL BERKAITAN: 22 pelajar tahfiz maut dalam kebakaran]

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Tujuh suspek yang ditahan berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah disambung reman tujuh hari lagi.
  • KUALA LUMPUR - Seorang individu yang dipercayai antara suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, di sini dilihat dibawa ke lokasi kejadian kira-kira jam 11.50 pagi tadi.
  • PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said melahirkan rasa terkejut apabila mendapati suspek kes kebakaran pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah merupakan remaja di bawah umur 18 tahun.
  • KUALA LUMPUR - Seorang lagi pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) susulan kebakaran pusat itu Khamis lepas dibenarkan pulang, malam ini.
  • KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuat laporan polis bagi menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat mengenai penahanan suspek kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung di sini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.