KULIM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan seorang sarjan mejar dan koperal polis atas dakwaan rasuah, hari ini.

Difahamkan, kedua-duanya yang  berusia 57 dan 53 tahun masing-masing ditangkap di Kulim, Kedah antara jam 9 pagi dan 10 pagi tadi.

Menurut sumber, mereka dipercayai menyalahgunakan kedudukan untuk meminta dan mengambil wang rasuah daripada pengusaha-pengusaha pengangkutan lori.

"Kedua-duanya disyaki telah meminta dan mengambil wang rasuah berjumlah antara RM850 dan RM900 secara bulanan daripada pengusaha-pengusaha pengangkutan  lori.

"Difahamkan pengusaha-pengusaha lori diminta untuk membayar wang rasuah itu sebagai balasan supaya tidak dikenakan saman atas beberapa kesalahan lalu lintas yang didapati sering dilakukan oleh mereka," kata sumber tersebut dalam kenyataan, hari ini.

Antara kesalahan-kesalahan lalu lintas yang sering dilakukan adalah lori tidak mempunyai insuran perlindungan, tiada cukai jalan, dan kesalahan-kesalahan lain di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1957.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan-tangkapan tersebut dan berkata pihaknya memandang serius perbuatan sedemikian boleh mengundang  kejadian-kejadian yang tidak diingini kerana ia secara langsung melibatkan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Menurut beliau, keduanya akan direman esok untuk membantu siasatan mengikut mengikut seksyen 17 (a) Akta SPRM yang mana memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEMAMAN - Seorang pengurus pembangunan perniagaan sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri Terengganu dan isterinya direman tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan nilai kira-kira RM5.4 juta pada 2010 hingga 2017.
  • KOTA KINABALU - Seorang peniaga wanita direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah berhubung kes sogokan bernilai RM1,200 terhadap pegawai polis trafik.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang anggota polis berpangkat Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini kerana meminta suapan RM500 daripada seorang lelaki yang ditahan dalam sekatan jalan raya.
  • KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan akan mengambil tindakan tanpa kompromi terhadap pemberi dan penerima rasuah jika mereka ditangkap.
  • KAJANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertindak lebih agresif dari segi penguatkuasaan dan pendidikan bagi memerangi rasuah, sekali gus mencapai misi dan visinya iaitu sifar rasuah menjelang 2020.