KUALA LANGAT - Seorang pengurus duti syarikat penerbangan Malindo Air maut kemalangan selepas kereta yang dipandunya terbabas di Kilometer 18.8 Lebuhraya Elite arah selatan, di sini, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Nurul Asiqin Mohamad, 27, disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari, mangsa yang menaiki Proton Saga FLX dalam perjalanan ke tempat kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Saujana Putra telah hilang kawalan.

"Ketika melalui lokasi kejadian, mangsa gagal mengawal keretanya lalu terbabas ke kiri jalan hingga menyebabkan keretanya terbalik.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan  dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Katanya, kes masih dalam siasatan dan usaha mengesan saksi bebas masih dijalankan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :