SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, mengesahkan bahawa beliau telah bersara daripada jawatan itu berkuatkuasa 30 Disember 2016.

Memaklumkan perkara itu kepada Sinar Online, Bahri berkata persaraan awal dilakukannya itu kerana kecewa dengan kes siasatan SRC International (SRC) yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik.

"Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia.

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderong pon tidak boleh apatah lagi terus berkhidmat," katanya.

BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi, terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Bahri memainkan peranan penting menyiasat kes SRC International (SRC) yang melibatkan perihal dana RM42 juta.

Dalam pada itu, Bahri turut mengesahkan bahawa enam pegawai BOK yang terlibat secara langsung dalam siasatan terhadap SRC International, telah dipindahkan.

"Ya betul, mengenai isu perpindahan itu," katanya ringkas.

Sebelum ini, nama Bahri pernah panas apabila beliau pada tahun 2015 lalu, secara tiba-tiba diarah bertukar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Namun, arahan itu tidak dikuatkuasakan sebaliknya beliau dikekalkan,bagaimanapun tidak dinyatakan menyandang jawatan sama atau sebaliknya.

Bahri sebelum itu, pada hari sama berjumpa dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri  Dr Ali Hamsa.

Surat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini dilaporkan menyebut beliau dipindahkan atas 'masalah disiplin'.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang lagi exco tertinggi Pulau Pinang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM 15 billion, hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan insentif lebih RM400,000 kepada 267 penjawat awam setakat akhir tahun lepas sebagai galakan melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah.
  • ALOR SETAR - Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa pada 29 Januari lalu, hari ini dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • PUTRAJAYA - Tempoh reman terhadap tiga individu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan landskap bernilai RM44 juta, dilanjutkan selama empat hari sehingga 14 Februari ini.
  • KAJANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertindak lebih agresif dari segi penguatkuasaan dan pendidikan bagi memerangi rasuah, sekali gus mencapai misi dan visinya iaitu sifar rasuah menjelang 2020.