Jurulatih bola sepak ditahan liwat remaja

Seorang jurulatih bola sepak ditahan kerana mencabul dan meliwat remaja lelaki berusia 15 tahun.
Seorang jurulatih bola sepak ditahan kerana mencabul dan meliwat remaja lelaki berusia 15 tahun.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang jurulatih bola sepak ditahan kerana disyaki mencabul dan meliwat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Tanjung Sedili.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, suspek berusia lingkungan 50-an itu ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada Jumaat lalu, susulan laporan yang dibuat mangsa.

Menurutnya, mangsa merupakan jiran kepada suspek dan kejadian dilaporkan sendiri oleh remaja berkenaan.

"Kejadian pertama kali berlaku pada 8 Januari lalu di pondok belakang rumah suspek.

"Bertindak atas maklumat dan laporan polis yang diterima, pada hari yang sama pihak polis berjaya menahan suspek untuk membantu siasatan. Suspek merupakan seorang jurulatih bola sepak bertauliah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau memberitahu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, suspek direman selama empat hari berakhir pada Selasa.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pendakwa raya untuk mendapatkan arahan pertuduhan.

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan,” katanya.

Yusof berkata, jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta boleh dikenakan hukuman sebatan.

Ringkasan AI

  • Seorang jurulatih bola sepak ditahan kerana mencabul dan meliwat remaja lelaki berusia 15 tahun di Tanjung Sedili
  • Suspek berusia lingkungan 50-an dan merupakan jiran mangsa
  • Kejadian pertama berlaku pada 8 Januari di pondok belakang rumah suspek
  • Suspek ditahan untuk membantu siasatan berdasarkan laporan polis
  • Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara lima hingga 20 tahun dan sebatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!