GUAR CHEMPEDAK - Dua pembantu sebuah farmasi di Guar Chempedak terpaksa melalui detik cemas apabila farmasi tempat mereka bekerja didatangi perompak bersenjata pisau Khamis lalu.

Hafni Nasuha Halim, 22, berkata, ketika kejadian, dia dan seorang lagi rakannya sedang berdiri di kaunter.

"Saya nampak ada lelaki masuk ke dalam farmasi, tapi tak syak apa-apa sebab ingat dia nak beli ubat, tapi, dengan tiba-tiba dia keluarkan pisau dari bajunya dan menyebut ‘duit... duit’.

"Masa tu saya dah tak tau nak buat apa dan hanya berdiam diri. Kawan saya keluarkan semua duit dari laci dan serahkan semuanya kepada lelaki tersebut," katanya.

Katanya, lelaki berkenaan datang dengan menunggang motosikal seorang diri dan terus menghilangkan diri sejurus menerima wang sebanyak RM400.

Hafni berkata, rakan sekerjanya ada terlihat lelaki berkenaan berkeliaran di luar farmasi dua hari lepas.

"Saya tak sangka kejadian seperti ni boleh terjadi dan kami terpaksa berhati-hati selepas ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Muhamad Halim Yatim berkata pihaknya masih dalam usaha mencari suspek.

Ketua Polis Daerah Yan, Deouti Supritenden Muhamad Halim Yatim

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, suspek berbadan kurus dan berkulit hitam manis," katanya.

Pembantu farmasi berkenaan tidak dapat mengecam wajah kerana suspek memakai topi keledar dan bercermin mata gelap.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Seorang Penolong Penyelaras Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) diperintah menjalani bon berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, selepas didapati bersalah merompak seorang kakitangannya tahun lepas.
  • KOTA BHARU - Padah merompak seorang wanita, seorang buruh dihukum penjara enam tahun oleh mahkamah sesyen, di sini, tadi.
  • RANTAU PANJANG - Seorang peniaga atas talian yang aktif live Facebook ditembak di betis kiri di pejabatnya di Banggol Kulim, malam tadi.
  • BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki diberkas polis manakala rakannya berjaya meloloskan diri selepas mereka menyamun sebuah kedai di Jalan Ooh Chooi Cheng, Bukit Mertajam di sini pagi tadi.