GEMAS – Pemandu traktor mesin potong rumput insiden kematian pelajar tingkatan dua yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata pemandu berusia 26 tahun berasal dari Tanjung Keling, Melaka, itu telah diambil kenyataan berhubung insiden berkenaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi kes yang disiasat di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana kematian disebabkan kecuaian,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi semalam, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman (STAR) Gemas, Nur Afini Roslan, 14, maut selepas bilah mesin potong rumput terpelanting mengenai kepalanya.

Dua lagi pelajar, Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, cedera di bahagian belakang kepala dan Abdullah Hazlan, 14, cedera pada bahagian telinga kanan.

Kedua-duanya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Gemas bagi rawatan lanjut dan kemudiannya di hantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk dirawat.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TAMPIN - Bilah mesin traktor pemotong rumput yang tercampak hingga menyebabkan seorang pelajar perempuan maut dan dua pelajar lelaki cedera dihantar ke jabatan kimia bagi analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA), semalam.
  • GEMAS - “Fini dah takde...? Fini dah takde...? Itulah soalan berulang kali dilontarkan Muhammad Addim Roslan, 10, adik bongsu kepada mangsa.
  • GEMAS - "Nak lari macam Pak Wan... nak jadi polis macam Pak Wan," kongsi datuk saudara mangsa yang merupakan raja pecut negara dan Asia, Datuk Rabuan Pit.
  • GEMAS - [VIDEO] "Bagi sesiapa yang mendapat berita kematian anak saya, saya harap sedekahkan al-fatihah buat arwah anak saya," luah bapa mangsa insiden bilah mesin potong rumput, Roslan Samat, 55, ketika ditemui di Tanah Perkuburan Felda Sungai Kelamah, di sini, malam tadi.