KUALA LUMPUR – Pasukan Khas telah ditubuhkan Pejabat Peguam Negara bagi memantau siasatan polis berhubung dakwaan yang dibuat terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, pihaknya telah menerima banyak pertanyaan daripada orang awam dan pihak media berkaitan laporan yang dibuat terhadap pegawai terbabit.

“Memandangkan wujudnya keseriusan tuduhan itu yang dilihat boleh menjejaskan integriti Ketua Pesuruhjaya SPRM, pihaknya telah menubuhkan pasukan khas pada 16 Oktober lalu bagi kita memantau siasatan kesalahan di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

“Diingatkan semua pihak untuk tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Apandi turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa beliau atas kapasitinya sebagai Pendakwa Raya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan akan menegakkan keadilan.

Terdahulu, terdapat laporan mengenai aduan seorang pegawai kanan SPRM hubungan sulit dengan isteri orang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam sidang media baru-baru ini mengesahkan ada laporan polis diterima dan siasatan sedang dijalankan.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan ada individu membuat laporan polis selepas menonton satu klip video di YouTube membabitkan pegawai kanan SPRM dan wanita terbabit.

Pengadu mendakwa hubungan sulit itu menyebabkan rumah tangga wanita yang mempunyai dua anak itu musnah dan bercerai dengan suaminya pada 28 September lalu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengemukakan permohonan untuk mengetepikan kebenaran yang diperoleh Peguam Negara bagi memulakan prosiding komital terhadapnya berhubung kenyataan yang dikeluarkan berkaitan kes rasuah yang dihadapinya.
  • PUTRAJAYA - Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Bakar mendesak Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berundur daripada jawatan itu berikutan dakwaan tersebarnya video joget bersama beberapa menteri pada Hari Kebangsaan yang lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.