KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kini berdepan cubaan suapan rasuah oleh nelayan asing yang ditangkap melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram di perairan negara.

Terbaharu melibatkan sebuah bot nelayan asing warga Vietnam yang sedang leka melakukan aktiviti menangkap ikan lebih kurang 62 batu nautika ke tenggara Kuala Kemaman, Terengganu 12.30 pagi tadi.

Menurut Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mamu Said Alee, hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang tekong dan 20 awak-awak dipercayai warganegara Vietnam berumur diantara 21 hingga 46 tahun di atas bot itu.

Katanya, 12 orang awak-awak daripadanya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

“Semasa pemeriksaan dokumen dibuat, tekong bot telah cuba memberi suapan sebanyak RM1,000 agar bot tersebut dilepaskan.

“Selain itu juga, mereka juga telah melanggar syarat sah lesen Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap spesies ikan yu yang dilindungi.

“Kesemua hasil dianggarkan ikan campur 4,000 kilogram, sotong kering 400 kilogram dan ikan baja 3,000 kilogram, nilai bot dan peralatan dianggarkan lebih kurang RM 1.5 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, aset-aset Maritim Malaysia Wilayah Timur juga sentiasa bersedia untuk memberi bantuan tidak mengira waktu sama ada siang atau malam sekiranya ada berlaku kes-kes kecemasan.

Orang ramai boleh menghubungi terus Pusat Operasi Maritim Wilayah Timur yang beroperasi 24 jam di talian 09-5717345 atau melalui MERS 999. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR GAJAH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mematahkan cubaan menyeludup kira-kira 300 ekor burung daripada spesies terancam pada kedudukan 4.97 batu nautika di perairan Tanjung Gabang, Selangor, petang semalam.
  • TAIPING - Seorang nelayan ditemui terapung dipercayai lemas selepas terjatuh di muara Sungai Tiram Dalam, Sungai Kerang, di sini, hari ini.
  • PORT DICKSON - Tiga nelayan di Pengkalan Nelayan Bagan Pinang kerugian mencecah puluhan ribu apabila perahu serta enjin dan peralatan menangkap ikan mereka dicuri awal pagi tadi.
  • LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama dua nelayan warga Myanmar di 4.4 batu nautika barat daya Pulau Talang, di sini, petang semalam.
  • SEKINCHAN - [VIDEO] Seluruh ahli keluarga seorang nelayan Malaysia dari Sekinchan yang kini ditahan di Indonesia menganggap pembebasan, Chia Kee Chan, 52, dijangka pada Khamis ini, sebagai hadiah tahun baharu Cina 16 Februari depan.