PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam sebulat suara menolak rayuan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mendapati beliau bersalah dalam membuat kenyataan fitnah ke atas Syria Care dengan kos sebanyak RM10,000.

Panel hakim yang diketuai Datuk Rohana Yusof mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 21 April 2017 yang membenarkan tuntutan saman fitnah Syria Care ke atas Zamihan Mat Zin.

"Semasa prosiding berlangsung, pindaan dibuat bagi membenarkan pengerusi Syria Care bertindak sebagai Plaintif (yang menyaman selaku pegawai am Syria Care)," petik kenyataan Syria Care.

Terdahulu, saman fitnah yang telah difailkan Syria Care melalui peguamcaranya, Tetuan Shukor & Associates adalah berdasarkan satu laporan yang diterbitkan di Star Online yang memetik kenyataan Zamihan Mat Zin bertajuk “Senseless jihad puts Malaysia as violence hub, says Home Ministry officer” pada 27 Jun 2014 (laporan tersebut telah dikeluarkan daripada Star Online) yang yang mengaitkan Syria Care secara langsung sebagai kumpulan kumpulan Syiah yang perlu dipantau oleh kerajaan.

Dalam prosiding tersebut, Mahkamah Rayuan bersetuju dengan dapatan fakta Mahkamah Tinggi bahawa Zamihan Mat Zin telah mengucapkan perkataan Syria Care di dalam kenyataan yang mengaitkan Syria Care secara langsung sebagai kumpulan Syiah yang berselindung di sebalik nama pertubuhan bukan kerajaan dan mempunyai maksud dan objektif yang berlainan yang seterusnya perlu dipantau oleh kerajaan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memberi kebenaran terhadap gerakan Islamic Renaissance Front (IRF) untuk memulakan semakan kehakiman berhubung tindakan pengharaman tiga buku terbitannya oleh Menteri Dalam Negeri.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang tauke bot Vietnam dijatuhi hukuman enam bulan penjara dan denda RM500,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, hari ini atas tuduhan memberi suapan RM100,000 kepada Pengarah Pangkalan Maritim Kemaman, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).
  • TAWAU - Seorang guru bahagian teknologi maklumat (IT) menjadi orang pertama di Malaysia yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membabitkan perkhidmatan aplikasi WhatsApp secara berkumpulan.
  • KUALA LUMPUR - Seorang tukang cuci yang menyimpan imej dan video berkaitan kumpulan pengganas Daesh di dalam telefon bimbit, kononnya hanya untuk tontotan di masa lapang dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Seorang wanita dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berniat ke Syria bagi maksud persediaan untuk melakukan perbuatan keganasan, tahun lalu.