BATU PAHAT - Berkaitan dengan kes yang membabitkan Exco kerajaan negeri, Datuk Abd Latif Bandi, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi.

Menurut Mohamed Khaled, pihaknya akan memberikan perhatian dan mengikut setiap perkembangan terkini, selepas Abd Latif didakwa di mahkamah, pagi tadi.

Katanya, pihak kerajaan negeri tidak mahu mengganggu siasatan dan juga pendakwaan di mahkamah, disebabkan itulah pihaknya akan mengeluarkan kenyataan kemudian.

"Memang itu satu perkembangan yang perlu saya beri perhatian, dalam sedikit masa lagi saya akan beritahu," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja di Parlimen Batu Pahat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Abd Latif, perunding hartanah didakwa 33 tuduhan rasuah]

Hadir sama dalam lawatan berkenaan ialah Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rengit, Ayub Jamil.

Terdahulu, Abd Latif dan seorang perunding hartanah, masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan rasuah melibatkan hartanah berjumlah RM30.3 juta di Mahkamah Sesyen.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUNGAI PETANI - Jumlah kemalangan jalan raya di seluruh negara mencatatkan peningkatan sebanyak 1,620 kes atau 10 peratus iaitu 17,147 kes setakat 11 hari pelaksanaan Op Selamat 11/2017 yang bermula 18 Jun lepas berbanding 15,527 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
  • GEORGETOWN - Empat termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang remaja lelaki dengan kedua-dua belah tangan dan kaki berikat dengan tali nilon di dalam sebuah rumah di flat Padang Tembak, di sini, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.