FAKTA

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Facebook dan disahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), memaklumkan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Justeru, PDRM berharap rakyat Malaysia berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih kandungannya.

AUTA

MENERUSI maklumat itu, sekiranya dipaksa perompak mengeluarkan duit dari mesin ATM, pengguna boleh memasukkan nombor pin dalam turutan terbalik.

Wang akan tetap dikeluarkan menerusi ATM tetapi pihak bank akan segera memaklumkan situasi cemas itu kepada pihak polis.