PETALING JAYA - Jenazah bekas setiausaha akhbar Tun Ghafar Baba, Dr Alias Mohamed selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pada pukul 3 petang ini.

Alias, 74, yang pernah berkhidmat dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada tahun 1989 hingga 1994 menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 8.13 pagi tadi di Sime Darby Medical Center (SDMC) akibat sakit jantung.

Anak ketiga Allahyarham, Suryani Senja, 46, berkata arwah bapanya mendapat rawatan di SDMC sejak empat bulan lepas kerana menghidap penyakit jantung dan penyakit lain seperti masalah paru-paru dan kencing manis.

"Ayah sudah lama tidak sihat. Pemergiannya memberi kesan kepada kami namun kami semua reda dengan ketentuanNya," kata Suryani kepada pemberita selepas upacara pengebumian.

Beliau berkata bapanya juga merupakan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu (PKWPM) sangat suka melakukan kebajikan tanpa pengetahuan orang ramai.

Ketua Penerangan PKWPM Datuk Muhamad Ibrahim berkata Allahyarham seorang yang sangat merendah diri dan membantu ramai orang termasuk bantuan umrah untuk anggota PKWPM.

Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Kampung Tunku di Petaling Jaya pada jam 1.30 tengah hari.

Alias meninggalkan seorang isteri, Siti Rokiah Zakaria, 72, enam cahaya mata serta empat cucu. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - Jenazah Adun Lenggeng, Datuk Ishak Ismail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Genting, Batu 8 Pantai, di sini kira-kira jam 2.30 petang, hari ini.
  • BANDAR SERI JEMPOL - Jenazah Mejar Mohd Hasri Zahari selamat tiba dikediaman ibu bapanya dekat Felda Lui Muda, Jempol, Negeri Sembilan jam 8.55 pagi tadi.
  • ALOR SETAR - Jenazah Abdul Azim Amzar Azmi, 21, pelajar Malaysia yang lemas di Tasik Karapiro, Waikato, New Zealand, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Belukar, Hutan Kampung di sini kira-kira 10 pagi ini.
  • BUKIT GANTANG - Jenazah dua beradik yang mati lemas di dalam kolam bekas lombong bauksit di Kuantan Pahang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Sungai Jarum Mas, Trong, di sini hari ini.
  • KUCHING - Jenazah Allahyarham Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem selamat dikebumikan dengan istiadat pengebumian Negeri di tanah perkuburan Islam Samariang di sini hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.