ALOR SETAR - Beberapa jalan utama di Bandaraya Alor Setar akan ditutup secara berperingkat bagi melancarkan pergerakan pedati ke Makam Diraja Langgar, di sini untuk Istiadat Pemakaman Almarhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, pada jam 4 petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Zahari Mohamed berkata  antara jalan tersebut ialah Jalan Anak Bukit, Jalan Tun Razak dan Jalan Langgar.

Katanya, penutupan dilakukan secara berperingkat bermula jam 3 petang.

"Penutupan jalan dikuatkuasakan ketika pergerakan jenazah ke Makam Diraja Langgar dimulakan di Jalan Anak Bukit dijangka pukul 3 petang dan dibuka semula selepas pergerakan jenazah melepasi jalan berkenaan, " katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Katanya jarak dari Istana Anak Bukit ke Makam Diraja Langgar sejauh 12.4 kilometer dan kelajuan pedati 30 kilometer sejam. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Jalan susur dari Lebuhraya Sprint ke Jalan Maarof dan Jalan Maarof (menghala ke Bangsar) akan ditutup selama dua hari bermula 12.01 tengah malam pada 8 Julai (Sabtu) sehingga 6 pagi, 10 Julai 10 (Isnin).
  • KUALA LUMPUR - Lorong di sepanjang Persiaran Industri (haluan ke Kepong) akan terus ditutup dari 30 Jun hingga 25 Ogos berikutan kerja-kerja binaan Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT).
  • KUALA LUMPUR - Orang ramai yang ingin masuk ke ibu negara pada perayaan Thaipusam Ahad ini dinasihatkan mengelak daripada melalui beberapa jalan yang akan ditutup secara berperingkat mulai Jumaat ini.
  • KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan skim aliran lalu lintas di Persimpangan lampu Isyarat Jalan Tun Razak/Jalan Yap Kwan Seng, mulai Ahad.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.