SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir menetapkan 23 Julai ini untuk membuat keputusan sama ada sepina terhadap tiga timbalan pendakwa raya kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lain, diketepikan atau diterima.

Beliau menetapkan demikian selepas pihak pendakwaan dan pembelaan kes itu selesai mengemukakan hujah masing-masing.

Pada prosiding hari ini, pihak pendakwaan telah mengemukakan hujah bantahan berhubung sepina yang dipohon terhadap mereka Rabu lepas.

Norazimul dalam hujahnya berkata, tindakan peguam Manjeet Singh Dhillon yang mahukan tiga timbalan pendakwa raya itu disepina dan memberi keterangan mempunyai motif jahat.

“Tiada keterangan yang dapat membantu perbicaraan kerana tiga pendakwa raya itu hanya boleh memberikan keterangan mengenai pertuduhan dan fakta kes sahaja.

“Terdapat saksi lain pada perbicaraan kes S Suresh dan K Sarawanan di Mahkamah Telok Datok Banting yang lebih relevan untuk dipanggil berbanding Ishak, Saiful Edris dan Idham.

“Tindakan peguam seolah-olah cuba menggagalkan proses keadilan kerana jika timbalan pendakwa raya menjadi saksi, kes ini akan tertangguh,” hujahnya.

Pada 4 Julai lalu, mahkamah yang sama membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk mensepina tiga timbalan pendakwa raya itu sebagai saksi bagi membuang dua bukti dalam perbicaraan kes bunuh Sosilawati dan tiga lain.

Dua bukti itu adalah nota prosiding membabitkan kes dua saksi pendakwaan, Sarawanan dan Suresh yang mengaku salah melupuskan bahan bukti kes pembunuhan Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Sarawanan dan Suresh kini menjalani hukuman penjara 20 tahun di Penjara Sungai Udang, Melaka.

Beliau  berhujah bahawa isu sama ada fakta kes dibuat secara sukarela atau kedua-dua tertuduh dipaksa mengaku salah sudah diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan oleh itu, mahkamah tidak perlu mengkajinya semula.

"Pihak pendakwaan dengan rendah diri memohon supaya permohanan pihak pembelaan ditolak dan ketiga-tiga timbalan pendakwa raya dikekalkan," katanya.

Sementara itu, Manjeet berhujah fakta kes mengenai pengakuan Suresh dan Sarawanan dibuat lebih awal daripada tarikh kali pertama pekerja ladang itu dihadapkan ke mahkamah.

“Ishak adalah timbalan pendakwa raya yang menandatangani fakta kes itu dan Ishak juga yang tender nota-nota prosiding berkaitan kes itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 7 Mac lalu,” katanya.

Manjeet turut berhujah bahawa peruntukan undang-undang membenarkan sesiapa saja untuk disepina sebagai saksi di mahkamah, termasuk perdana menteri.

Perbicaraan kes induk pembunuhan Sosilawati akan diteruskan pada 23 Julai ini sekiranya hakim menerima permohonan mengetepikan sepina terhadap tiga timbalan pendakwa raya kes itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Figura terkenal dan ikon berpengaruh seperti Neelofa sepatutnya berfikir 100 kali sebelum lancar koleksi terbaru tudung dan sambutan ulang tahun kelahiran ke-29 di sebuah kelab malam.
  • SHAH ALAM - Dutch Lady Malaysia mengesahkan semua produknya selamat dan memenuhi standard keselamatan makanan Malaysia serta antarabangsa.
  • SHAH ALAM - Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, pernah memberitahu rakannya seorang warga negara Jepun bahawa nyawanya dalam bahaya, enam bulan sebelum dia mati disapu racun VX di mukanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari 2017.
  • SHAH ALAM - Sumbangan serendah 30 sen daripada orang ramai dialu-alukan bagi menjayakan misi Jelajah Kemanusiaan Menakluki 30 Menara Tertinggi Dunia oleh Mejar Kehormat (K) Suwaibah Muhammad Nasir (PSSTUDM AMN).
  • SHAH ALAM - Kontraktor kelas G1 di seluruh negara perlu berani merebut peluang daripada kontrak projek yang diperoleh syarikat konsesi lantikan kerajaan.