KUALA LUMPUR - Seorang guru sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap murid lelaki berusia 12 tahun, dengan menarik hidungnya  menggunakan tapak tangan, dua hari lepas.

Mohd Zaid Yob, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Umzarul An Nur Umar selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Mohd Zaid yang mengajar mata pelajaran pendidikan Islam itu didakwa melakukan kesalahan berkenaant di dalam kelas  di sebuah sekolah di sini pada  11 pagi, 16 Ogos lepas.

Pertuduhan itu  mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan bapa kepada  tiga anak itu diikat jamin sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 September untuk sebutan semula kes.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim menawarkan jaminan RM4,000, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Francis Pereira memohon jaminan yang rendah kerana jumlah jaminan yang tinggi akan memberikan kesan ekonomi terhadap anak guamnya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Seorang koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan sengaja mendatangkan cedera parah dengan niat mendatangkan kematian ke atas seorang buruh, Julai tahun lepas.
  • SHAH ALAM - Seorang wanita yang dilarikan sekumpulan lelaki di tempat kerjanya di sebuah kilang di Kampung Jawa semalam ditemui oleh orang awam di kawasan kilang di Seksyen 36, dekat sini malam tadi.
  • KUALA LUMPUR - Seorang buruh yang memukul anak saudara dan adik kandungnya sehingga mereka mengalami kecederaan, hari ini dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini.
  • IPOH - Tujuh penyokong bola sepak yang ditangkap selepas aksi separuh akhir pertama TM Piala Malaysia di Stadium Perak, 15 Oktober lalu akan dituduh pagi ini di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan, di Mahkamah Sesyen, Ipoh.
  • KUANTAN - Seorang warden penjara Bentong, putus cuping telinga kirinya selepas digigit oleh seorang banduan warga Liberia dalam kejadian di Kompleks Penjara Bentong petang semalam.