MIRI - Dua warga China adalah antara tiga individu yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori treler dan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Bintulu-Tatau pagi tadi.

Ketua Polis Bintulu, Asisten Komisioner Zailanni Amit berkata, yang maut ialah pemandu Hilux berkenaan yang merupakan rakyat tempatan yang dikenali sebagai Kong Tze Hua, 57, serta dua penumpang warga China itu iaitu Zhao Shuguang, 51, dan Hao Ping, 44.

“Seorang lagi penumpang kenderaan pacuan empat roda itu yang juga warga China yang dikenali sebagai Tang Dingping, 43, cedera parah dalam kemalangan jam 7.40 pagi itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemandu lori treler yang berusia 44 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Hasil siasatan awal mendapati pemandu lori itu gagal mengawal jarak kenderaannya lalu melanggar kenderaan di depan dan terbabas di lorong bertentangan,” katanya. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BANDAR CHENEH BARU - Seorang pelajar maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Felda Neram 2 - Cheneh, di sini, semalam.
  • KOTA TINGGI - Kemalangan maut membabitkan empat kenderaan di Jalan Bypass Johor Bahru-Mersing berhampiran susur masuk ke Taman Daiman petang tadi mengorbankan nyawa sepasang suami isteri.
  • REMBAU - Seorang penunggang motorsikal maut selepas terbabit dalam nahas di kilometer 235.7, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di sini, awal pagi tadi.
  • BANDAR BAHARU - Tiga maut termasuk bayi berusia enam bulan yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah sebuah kereta dan lori di jalan Kampung Batu 12, Terap, 12.15, tengahari tadi.
  • TANJONG KARANG - Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di kilometer 43 Jalan Klang - Teluk Intan, berhampiran Taman Air Manis, Sabak Bernam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Lorong 7, Parit 1, Sungai Sireh, Tanjong Karang.