[VIDEO] KUMPULAN nasyid UNIC dilaporkan ditahan di Syria kerana masalah SOP (standard of prosedur).

Kata anggota kumpulan UNIC melalui video yang dimuatnaik tadi di Instagram, peralatan kamera 'stabilizer' yang dibawa oleh mereka juga disangka senjata oleh pihak berkuasa.

Perkara tersebut dilaporkan melalui akaun Instagram rasmi kumpulan berkenaan, @unicofficials.

Ketika ini, kumpulan UNIC berada di Istanbul, Turki bersama-sama kumpulan NGO Muslim Care Malaysia untuk melawat sekolah Muslim Care di Reyhanli, Hatay.

Menurut Presiden Muslim Care, Zulkifli Wahijan mengatakan kumpulan NGO tersebut akan bersama-sama kumpulan UNIC untuk membantu pelarian Syria, Januari tahun depan.

"Kami berharap semua rakyat Malaysia mendokong dan menyokong untuk memberi sumbangan kepada misi ini.

"Mereka (pelarian Syria) berada dalam keadaan kedinginan yang amat dahsyat," kata Zulkifli.

Syria akan memasuki musim sejuk dan pelarian dan mangsa perang, terutamanya yang tinggal di kem pelarian serba kekurangan akan berhadapan ancaman hebat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :