Pemilik hotel ‘mesra gay’ belum tampil beri keterangan

Hotel didakwa berkonsepkan 'mesra gay' disita sehari selepas dakwaan itu tular.
Hotel didakwa berkonsepkan 'mesra gay' disita sehari selepas dakwaan itu tular.
A
A
A

MELAKA - Pemilik hotel yang didakwa berkonsepkan ‘mesra gay’ masih belum hadir ke Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) untuk memberikan keterangan berhubung penularan dakwaan itu.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Sapiah Haron berkata, pemilik premis berkenaan sepatutnya hadir pada Rabu, namun gagal berbuat demikian.

“Sepatutnya datang hari ini, namun tidak jadi. Mungkin esok pemilik akan hadir.

“Tidak pasti sebab ketidakhadirannya, tetapi kita aturkan pertemuan esok pada jam 2.30 petang,” katanya ketika mengulas perkembangan penguatkuasaan terhadap premis berkenaan.

Pada Selasa, media melaporkan kerajaan Melaka mengarahkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyiasat dakwaan sebuah hotel butik di negeri ini berkonsepkan ‘mesra gay’ yang tular di media sosial sejak Isnin.

Hotel didakwa berkonsepkan mesra gay disita MPHTJ.
Hotel didakwa berkonsepkan mesra gay disita MPHTJ.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, siasatan terperinci dijalankan bagi mendapatkan kesahihan maklumat berkenaan.

Susulan itu, MPHTJ bersama JAIM telah menjalankan pemeriksaan terhadap premis terbabit sekitar jam 11 pagi, Selasa.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, didapati tiada penjaga premis atau pelanggan berada di lokasi semasa operasi dijalankan.

Pemeriksaan mendapati salah sebuah bilik hotel dalam keadaan seperti baru digunakan, selain menemukan dua kotak kondom terpakai di dalam tong sampah.

Usaha mendapatkan penjelasan daripada pengurus hotel juga gagal apabila individu terbabit mengelak daripada hadir ke premis ketika serbuan dijalankan.

Susulan itu, hotel berkenaan diarahkan telah diarahkan tutup dan pemilik premis dipanggil ke MPHTJ bagi memberikan penjelasan berhubung dakwaan tersebut.

Ringkasan AI

  • Pemilik hotel berkonsep 'mesra gay' di Melaka gagal hadir ke MPHTJ untuk memberi keterangan
  • MPHTJ mengatur pertemuan semula untuk mendapatkan penjelasan pemilik
  • Kerajaan Melaka arahkan JAIM siasat hotel berkonsep 'mesra gay' yang tular di media sosial
  • Pemeriksaan oleh MPHTJ dan JAIM mendapati tiada penjaga atau pelanggan, tetapi bilik kelihatan baru digunakan
  • Hotel tersebut telah diarah tutup dan pemiliknya dipanggil untuk memberi penjelasan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!