JOHOR BAHRU - Pengendali laman blog Uncle Seekers yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui laman blognya, ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga Ahad ini ke atas beliau, nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, 46, bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, dikeluarkan oleh Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, hari ini.

Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya di Tol Senawang, Seremban Negeri Sembilan kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Syed Abdullah bersama Siti Nadhirah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru kira-kira jam 3 petang tadi.

Dia yang berpakaian lokap berwarna ungu sempat melambaikan tangan ke arah wartawan dan jurugambar yang  menunggu di pekarangan mahkamah sejak jam 2 petang sebaik turun daripada trak polis.

"Pendedahan akan dibuat, lebih banyak lagi selepas ini. Saya ditahan ketika dalam perjalanan nak hantar dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata beliau sebelum dibawa ke kamar.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHARU - Pihak polis menafikan wujud cubaan menculik seorang kanak-kanak di Seri Tanjung, Bakri, dekat Muar, yang menjadi viral di laman sosial dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.
  • JOHOR BAHARU - Sejumlah 371 orang daripada 107 keluarga di‎ Mukim Sri Gading, dekat Batu Pahat, berada di pusat pemindahan banjir pagi ini, berbanding 365 orang daripada 103 keluarga, semalam.
  • JOHOR BAHARU - Polis tidak akan memberikan sokongan terhadap pembaharuan lesen pusat-pusat hiburan keluarga (PHK) di negeri ini kerana didapati kebanyakannya...
  • JOHOR BAHARU - Menyedari kesukaran untuk mengenal pasti kesahihan pekerja binaan asing, syarikat Construction Labour Exchange Centre Berhad (Clab) mengambil inisiatif memperkenalkan kad pendaftaran pekerja asing.
  • JOHOR BAHARU - - Polis percaya berjaya menumpaskan kumpulan yang terlibat dengan sekurang-kurangnya 11 kes samun di bandar raya ini dengan penahanan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan dekat Kempas dan Kangkar Pulai, di sini Sabtu lepas.