LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama dua nelayan warga Myanmar di 4.4 batu nautika barat daya Pulau Talang, di sini, petang semalam.

Pengarah Maritim Daerah Kapten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata bot nelayan tersebut ditahan Bot Petir 80 yang sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan di Perairan Malaysia kira-kira 5.20 petang semalam.

Katanya pemeriksaan mendapati kedua-dua tekong dan awak-awak warga asing masing-masing berumur 37 dan 41 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan bot tersebut melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menggaji pekerja asing tanpa kebenaran.

"Kedua-dua mereka gagal menunjukkan surat kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Bot bersama tekong dan awak-awak diiring balik ke jeti Kampung Baru di sini untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEORGETOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menyerahkan kembali tiga buah bot nelayan Indonesia yang ditahan kerana menceroboh perairan negara pada 16 Oktober lepas.
  • ALOR GAJAH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mematahkan cubaan menyeludup kira-kira 300 ekor burung daripada spesies terancam pada kedudukan 4.97 batu nautika di perairan Tanjung Gabang, Selangor, petang semalam.
  • JOHOR BAHRU - Pertukaran nelayan Malaysia yang kini ditahan di Indonesia dan nelayan republik itu yang ditahan di Malaysia bagi kesalahan menceroboh kawasan perairan dijangka dilakukan pada Khamis ini, kata Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar.
  • KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kini berdepan cubaan suapan rasuah oleh nelayan asing yang ditangkap melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram di perairan negara.