KUALA LUMPUR - Bangunan baharu Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung akan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang mendapat kelulusan pihak Bomba dan turut mempunyai 24 kamera litar tertutup (CCTV).

Pengetuanya, Ustaz Mohd Zahid Mahmood berkata, penyediaan kelengkapan itu bagi menjamin keselamatan pelajar dan mengelak daripada berlaku perkara tidak diingini.

“Kami telah meminta pihak bomba untuk memeriksa bangunan (baharu) ini dan setakat ini semua berjalan lancar. Hanya ada beberapa perkara yang pihak bomba minta kami tambah seperti pengesan asap dan loceng kebakaran,” katanya kepada Bernama selepas tinjauan ke bangunan baharu pusat tahfiz itu, di sini.

Mohd Zahid berkata, bagi memberi keselesaan kepada pelajar,  pusat tahfiz itu yang dijangka beroperasi pada November, turut dilengkapi pendingin hawa serta ruang asrama yang luas.

Bangunan baharu lima tingkat itu dijangka akan menempatkan kira-kira 50 pelajar tahfiz di asramanya.

Katanya beberapa perkara telah dirancang bersama pihak bomba termasuk mewujudkan skuad bomba dalam kalangan pelajar tahfiz bagi memberi mereka pendedahan kepada latihan keselamatan. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Dua orang mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini yang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka dibenarkan pulang esok.
  • PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah memeriksa lebih 200 pusat tahfiz di seluruh negara, susulan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, 14 September lalu.
  • KUALA LUMPUR - Selepas dua minggu tragedi kebakaran menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah yang mengorbankan nyawa 21 pelajar dan dua guru, hari ini lima remaja dan seorang kanak-kanak dihadapkan ke muka pengadilan.
  • KUALA LUMPUR - Dua remaja dihadapkan di Mahkamah Majistret sebentar tadi atas tuduhan membunuh 23 individu dalam kebakaran pusat tahfiz Quran Ittifaqiyah.