26 motosikal musnah dalam kebakaran di kawasan parkir asrama UniMAP

Sebanyak 26 motosikal musnah dalam kebakaran di kawasan parkir asrama lelaki UniMAP di Pauh, Arau terbakar awal pagi tadi. Foto PDRM
Sebanyak 26 motosikal musnah dalam kebakaran di kawasan parkir asrama lelaki UniMAP di Pauh, Arau terbakar awal pagi tadi. Foto PDRM
A
A
A

KANGAR - Sebanyak 26 motosikal musnah dan 10 lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan parkir asrama lelaki Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh, Arau terbakar awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 4.43 pagi.

"Punca kebakaran masih belum diketahui dan masih menunggu laporan pemeriksaan dari Forensik Bomba. Pegawai Penyiasat Jenayah telah melawat tempat kejadian untuk siasatan awal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis Penguasa Kanan Bomba I Mohd Zaidi Ma'at berkata, operasi memadam kebakaran tamat pada 5.52 pagi melibatkan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Arau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline Sebanyak 26 motosikal musnah dan 10 lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan parkir asrama lelaki Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh, Arau terbakar awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 4.43 pagi. #fyp#SinarHarian #SinarTerkini #UNIMAP#Kebakaran original sound - Sinar Harian

Artikel Berkaitan: