Cubaan kelirukan pihak berkuasa pasang 45 bubu naga gagal

45 bubu naga yang dirampas di sekitar perairan Sungai Limau, Yan baru-baru ini. Foto Maritim
45 bubu naga yang dirampas di sekitar perairan Sungai Limau, Yan baru-baru ini. Foto Maritim
A
A
A

KUALA KEDAH - Sebanyak 45 set bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah dalam satu rondaan rutin Op Aman yang dijalankan di beberapa lokasi di sekitar perairan Sungai Limau, Yan baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, rampasan bernilai hampir RM6,000 itu berdasarkan aduan awam dan pemantauan rutin yang dilakukan oleh pihaknya.

Menurutnya, semasa rondaan dilakukan, Maritim Malaysia menemui beberapa pancang yang mencurigakan dipasang di kawasan berkenaan.

"Setelah pemeriksaan dilakukan didapati, penggunaan pancang digunakan bagi mengelirukan pihak berkuasa memandangkan pancang yang sama digunakan oleh pengusaha pukat hanyut.

"Kesemua bubu naga dirampas yang dianggarkan bernilai hampir RM6,000 tdibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk siasatan di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Seorang anggota Maritim menarik keluar bubu naga yang dipasang di sekitar perairan Sungai Limau, Yan baru-baru ini. Foto Maritim
Seorang anggota Maritim menarik keluar bubu naga yang dipasang di sekitar perairan Sungai Limau, Yan baru-baru ini. Foto Maritim

Jelasnya, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dan sentiasa meneruskan pengoperasian serta rondaan di sepanjang Zon Maritim Malaysia bagi mengekang aktiviti haram di perairan negara.

Pihak Zon Maritim Kuala Kedah mengalu-alukan orang ramai bagi melaporkan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui saluran talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!