SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal mengambil tindakan saman Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berikutan keengganannya untuk mengambil tindakan terhadap ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low berhubung isu 1MDB.

Peguam Azmin, Latheefa Koya berkata, Azmin sebelum ini telah memberikan tempoh masa kepada Khalid untuk menjalankan tugasnya bagi mengambil tindakan terhadap Jho Low, namun sehingga kini tiada sebarang langkah susulan diambil terhadap pihak tersebut.

“Kami tidak akan lagi menunggu sehingga tamat tempoh 14 hari notis tuntutan itu untuk mengambil tindakan seterusnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Selasa lalu, Azmin melalui peguamnya menghantar notis undang-undang kepada Khalid menuntut beliau untuk menjalankan tugas dan mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low.

Namun begitu, Khalid enggan untuk mengeluarkan sebarang respons terhadap desakan Azmin yang meminta supaya Jho Low dibawa pulang ke negara ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bersedia memfailkan permohonan bagi membatalkan tuntutan saman oleh Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) berjumlah RM14 bilion.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak saman fitnah yang dikemukakan dua wartawan hiburan terhadap penyanyi Shila Amzah dan bapanya, ND Lala.
  • KUALA LUMPUR - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dan enam lagi berjaya dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman difailkan oleh Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) berhubung dakwaan salah laku dan usaha menutup Pemangkin.
  • KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Setiausaha Dewan Rakyat Roosme Hamzah memohon untuk membatalkan saman pemula yang difailkan bekas Anggota Parlimen Sungai Benut, Mohamed Tawfik Tun Dr. Ismail berhubung Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 atau RUU 355.
  • IPOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak tindakan saman yang difailkan pemegang saham minoriti syarikat pelaburan emas Bestino Group Berhad terhadap dua pengarah dan dua pemegang saham majoriti syarikat itu.