KUALA TERENGGANU - Tanpa segan silu, seorang gadis memberitahu hanya melakukan ‘aksi ringan’ sahaja dengan majikannya yang juga berstatus suami orang sebelum dicekup berkhalwat di Taman Sri Kolam, di sini, awal pagi tadi.

Gadis berusia 23 tahun dari Manir, di sini, mengaku hanya berpelukan dan bercium dengan teman lelakinya, 29, dari Pulau Pinang, sebelum kediaman itu diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), sempena ‘Ops Valentine Day 2017’, kira-kira jam 1.30 pagi.

Dalam masa sama, gadis yang masih bujang itu memberi alasan sering ke rumah sewa teman lelakinya dan pernah sebelum ini beberapa kali bermalam di situ adalah semata-mata mahu berbincang urusan kerja.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan pihaknya selepas menerima maklumat daripada jiran-jiran yang ada di kawasan berkenaan mengenai tindak tanduk mencurigakan pasangan yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.

Beliau berkata, siasatan mendapati lelaki itu menyewa berseorangan di rumah terbabit memandangkan isterinya menetap di Kelantan.

“Kedua-duanya tinggal di kawasan yang sama dan gadis yang masih bujang itu memaklumkan datang ke rumah sewa lelaki tersebut untuk berbincang mengenai urusan kerja.

“Selepas berbincang, gadis itu memaklumkan mereka menonton cerita melalui komputer riba dan mengaku hanya melakukan aksi ringan seperti berpeluk dan bercium sambil menonton cerita,” katanya.

Wan Mohd berkata, gadis terbabit turut mengaku sudah tiga kali datang dan bermalam di rumah lelaki tersebut selain mengaku pernah terlanjur.

Katanya, pasangan berkenaan dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

 

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal dipercayai berkhalwat dengan suami orang dicekup dalam serbuan oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, di Lorong Kubur Maras, Jalan Langgar, di sini, pagi tadi.
  • KUALA TERENGGANU - Mengakui terhutang budi kerana teman lelakinya sering membantu dari segi kewangan untuk memajukan perniagaan, seorang wanita ‘terlupa’ dirinya berstatus isteri sehingga sanggup menjalin cinta dengan lelaki berlainan bangsa itu.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang janda anak dua bukan sahaja mengaku menempah hotel semata-mata untuk melampiaskan nafsu bersama kekasihnya, tetapi tanpa segan silu mengaku sudah pun melakukan hubungan seks sebelum bilik berkenaan diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Selasa lalu.
  • KUALA TERENGGANU - “Saya datang hanya nak dapatkan perkhidmatan mengurut badan sahaja kerana penat bekerja, tidak ada niat lain,” itulah alasan diberikan seorang lelaki yang masih berstatus suami orang ketika dicekup sedang asyik diurut oleh seorang wanita warga Thailand, di sebuah rumah urut di bandar raya di sini, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.