KUALA LUMPUR - Seramai 10 individu memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan Malaysia, dan 1MDB  berhubung pembayaran pinjaman jaminan bon berjumlah RM35 bilion kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment PJS (Aabar Asli).

Saman itu difail di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan melalui firma guaman Tetuan Hanif Khatri.

10 individu berkenaan merupakan ahli gerakan sosial Gerakan Anakmuda Tolak MO1/Najib (GANT1) yang turut mewakili 146 individu lain dalam gerakan tersebut.

Peguam Muhammad Haniff Khatri Abdulla berkata,  saman itu dikemukakan bagi memaksa kerajaan buat pengisytiharan serta dedahkan akaun diguna bagi membayar International Petroleum Investment Co (IPIC).

“Kita tuntut pengisytiharan mahkamah selain desak pendedahan akaun dibuat pembayaran (kepada IPIC),” katanya pada sidang media di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Antara individu dinamakan plaintif ialah Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil; wakil Armada Bersatu, Mahathir Mohd Rais serta wakil Dapsy, Howard Lee.

Sementara itu berdasarkan penyataan tuntutan, kesemua plaintif berkata, 1MDB telah mendapat bantuan bon sebanyak AS$3.5 bilion untuk pembelian loji tenaga daripada IPIC dan Aabar Asli

Menurut mereka, berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kira- kira Wang Negara (PAC), 1MDB mendakwa telah membuat bayaran AS$3.5 bilion IPIC dan Aabar asli melalui tiga transaksi.

Bagaimanapun pada 14 Julai 2016 IPIC dan anak syarikatnya Aabar Asli  telahbawa tuntutan arbitrasi di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London terhadap 1MDB dan kerajaan berhubung wujudnya tuntutan AS$6.5 bilion atas dakwaan kegagalan 1MDB menunaikan kontrak.

“Asas tuntutan arbitrasi itu tidak sah dan tidak berasas dan salah di sisi undang-undang  malah merupakan penyelewengan kontrak dan fakta,” dakwanya.

Mereka turut mendakwa Najib dan 1MDB telah memasuki persetujuan berhubung perjanjian penyelesaian arbitrasi antara IPIC dan Abar asli secara salah yang tidak sah di sisi undang-undang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dan enam lagi berjaya dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman difailkan oleh Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) berhubung dakwaan salah laku dan usaha menutup Pemangkin.
  • KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Setiausaha Dewan Rakyat Roosme Hamzah memohon untuk membatalkan saman pemula yang difailkan bekas Anggota Parlimen Sungai Benut, Mohamed Tawfik Tun Dr. Ismail berhubung Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 atau RUU 355.
  • IPOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak tindakan saman yang difailkan pemegang saham minoriti syarikat pelaburan emas Bestino Group Berhad terhadap dua pengarah dan dua pemegang saham majoriti syarikat itu.
  • KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini menolak permohonan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya penahanan remannya mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dinilai semula.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi membatalkan saman difailkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia berhubung dakwaan terlibat dalam salah laku pentadbiran awam serta kerajaan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.