SHAH ALAM – Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan beliau akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun, pucuk pimpinan parti belum memutuskan kawasan bagi beliau bertanding.

Dr Wan Azizah berkata, beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk bertanding di Dun Selangor tetapi masih belum membuat keputusan kawasan yang sesuai.

“Ya, saya akan bertanding di Dun Selangor tetapi saya rasa kita perlukan adakan satu perbincangan bagi menentukan kawasan mana yang sesuai untuk ditandingi.

“Perbincangan ini perlu bagi memudahkan saya untuk menjalankan sesi kempen pilihan raya dan membolehkan fokus diberikan kepada kawasan tumpuan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Waris Wira Lahad Datu, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama Presiden PKR ini turut memaklumkan perkara ini pernah dibincangkan sebelum ini tetapi secara tidak formal.

“Dun mana masih belum diputuskan, tetapi saya tidak kisah di kawasan mana,” katanya.

Di Selangor terdapat 14 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditakluki PKR pada pilihan raya 2008 lalu dan tidak mustahil salah satu daripada kerusi itu akan menempatkan Dr Wan Azizah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Pakatan Harapan (Harapan) difahamkan telah sepakat melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail sebagai timbalannya sekiranya menang PRU14.
  • SHAH ALAM - Pemerhati politik menyangkal kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menyifatkan bahawa pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), gagal.
  • KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengalirkan air mata sewaktu memberikan ucapan dalam Forum Pertembungan Tiga Penjuru: Kemenangan Pakatan Harapan.
  • SHAH ALAM - Pas Selangor hari ini mengumumkan untuk bertanding sekurang-kurangnya bagi 42 kerusi Dun Selangor pada PRU14 termasuk kerusi yang disandang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Ismail (Dun Kajang) dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Dun Bukit Antarabangsa).
  • PETALING JAYA - Pas menafikan kunjungan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta naib presiden parti itu, Dr Shaharuddin Badaruddin ke kediaman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru adalah bagi membincangkan kerjasama politik.